7 Minit Akan Mengubah Cinta Kepada Al Quran

Posted by: Tags:

25-1-2017

Hari ini, saya ingin berkongsi satu perkongsian daripada salah seorang admin Tadarus Al Alquran AlMukhlisin (TAM) yang mana Tuhan telah mencampakkan secebis perasaan cinta kepada Al Quran. Sebelum itu, mari kita ‘flash back’  cerita kehebatan cinta sahabat-sahabat, salafussoleh, ulama-ulama dahulu tahap 100% dan lebih  terhadap Al Quran.

Kehebatan Sayyidina Uthman ibn Affan mengkhatamkan Al Alquran dalam rakaat pertama Solat Subuh, kehebatan Imam Syu’bah mengkhatamkan Al Alquran 18,000 kali hanya di sudut sahaja, kehebatan Imam Syafie mengkhatamkan sekali setiap hari dan dua kali pada Bulan Ramadhan, ada juga ulamak yang mengkhatamkan Al Alquran empat kali pada waktu siang dan empat kali pada waktu malam.

Kecintaan mereka ini terhadap Al Alquran sangat hebat. Walaupun kecintaan kita terlalu jauh untuk kita hingga ke tahap tersebut. Namun, kita perlu berusaha untuk menerima kecintaan terhadap Al Alquran kerana Al Alquran ini boleh menolong kita dikala di dunia dan lebih-lebih lagi dikala menuju ke alam akhirat. Mari kita ikuti kisah perkongsian ‘CINTA AL QURAN’ dari sobat kita ini. Kelas TOT BDQ yg Zurin hadiri Sabtu dan Ahad lepas, antara perkongsian bersama sahabat2 gres tersebut yaitu : Macam mana nak jatuh cinta dgn Al Quran→sahabat dr Terengganu bertanya.

Antara jawapan sahabat-sahabat lain :

#Tips Pertama : banyakkan mengaji

#Tips Kedua : Nyatakan/ ucapkan SAYA SAYANG ALLAH setiap hari

#Tips Ketiga : Banyakkan mengaji dan ditambah dengan memperbanyakkan mendalami Al Quran/ bertadabur dan bertazzakur dapat pahala dan barokah.

Ada lagi tapi cukuplah Zurin kongsikan 3 jawapan ini. Walapun 3 jawapan untuk bantu sobat dari Terengganu tersebut, ianya sangat memberi kesan kepada saya. Terutama jwpn kedua dan ketiga…nk cari pahala dan barokah. Diharap perkongsian ini dapat menaikkan motivasi kepada sahabat-sahabat TAM, moga kita akan lebih bersemangat utk mengaji. Ramai org nak jatuh cinta dgn Al Quran, untuk jadi kekasih kita di alam barzakh dan di alam abadi nanti, rebutlah peluang krn kita inshaAllah sikit je lagi nk jatuh cinta dgn Al Alquran (bagi yang belum jatuh cinta)….sikit je lagi..

*With love*

_Zurin_-Admin Tadarus AlMukhlisin (TAM)

اللهم عظم رغبتي في القرآن واجعله نوراً لبصري وشفاء لصدري

Allahumma ‘azzim roghbati fil Alquran Wajhulhu nuural libashori wa sifaaul lishodri.

Ya Allah, hadirkanlah rasa cinta saya kepada Al Quran, dan jadikanlah Al Alquran sebagai cahaya pada penglihatanku dan sebagai penyembuh kepada hatiku. SHARE FOR SAHAM AKHIRAT.

Subscribe

Thanks for read our article for update information please subscriber our newslatter below

No Responses

Comments are closed.