JANGAN TINGGALKAN 2 AMALAN SUNNAH INI SELEPAS SHOLAT SUBUH DAN MAGHRIB

Posted by: Tags:

Pertama: Membaca sebanyak 10 kali, dalam keadaan masih duduk tahiyat simpulan dan tidak berkata-kata, sehingga selesai bacaan:

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ, لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ, يحيي ويميت, وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
“Tiada ilahi melainkan Tuhan Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya. BagiNya segala kerajaan dan segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan mematikan, dan Dialah yang Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.”

Kedua: Membaca sebanyak tujuh kali, sebelum berkata-kata sehingga selesai bacaan:

اللَّهُمَّ أَجِرْني مِنَ النَّار
“ Ya Allah, peliharalah saya daripada api neraka.”

Boleh juga membaca:

اللَّهُمَّ أَجِرْنَا مِنَ النَّار
“Ya Allah, peliharalah kami daripada api neraka.”

Apakah Fadilah Amalan yang Pertama?
Hadis daripada Abu Zar berkata,

“Sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda, ‘Barangsiapa yang membaca selepas solat Subuh, dalam keadaan kakinya masih menyerupai tasyahhud akhir, sebelum berkata-kata sebanyak sepuluh kali, ditulis baginya sepuluh kebaikan, dihapuskan daripadanya sepuluh kejahatan (dosa), diangkatkan baginya sepuluh darjat (kedudukan), dan ia pada hari itu terjaga daripada segala perkara yang dibenci, terbentang daripada syaitan, serta tidak ada suatu dosa yang dapat membinasakannya pada hari itu kecuali syirik (menyekutukan) Allah’.”(Riwayat at-Tarmizi dengan sanad Hasan, Imam ath-Thobrani menyebutnya di dalam al-Aushot dan al-Kabir. Lihat juga Shahih at-Targhib wa at-Tarhib: 1/306)Imam an-Nasa’I menambah, “Dan baginya setiap yang dibacanya pahala seumpama membebaskan seorang hamba.”

Imam at-Tabrani menambah, “ Dan baginya setiap apa yang dibacanya pahala membebaskan seorang hamba daripada anak Nabi Ismail dengan harga seorang daripada mereka 12000.”

Apa Pula Fadilah Amalan yang Kedua?
Hadis daripada al-Harith bin Muslim daripada ayahnya berkata; Nabi S.A.W bersabda,

“ Apabila kau selesai menunaikan solat Subuh, maka bacalah sebelum kau berkata-kata: ‘Allahumma ajirna minan nar’ tujuh kali, maka sekiranya kau meninggal pada hari itu, Tuhan menulis bagimu pertolongan daripada api neraka. Dan apabila kau selesai menunaikan solat Magrib, maka bacalah sebelum kau berkata-kata: ‘Allahumma ajirna minan nar’ tujuh kali, maka sekiranya kau meninggal pada malam itu, Tuhan menulis bagimu pertolongan daripada api neraka.” (Riwayat Abu Daud dan an-Nasa’i)

Semoga menjadi amalan dalam membolehkan kita mendapat keampunan daripada Tuhan S.W.T serta ditempatkan di surga-Nya.

Amin ya robbal alamin

Subscribe

Thanks for read our article for update information please subscriber our newslatter below

No Responses

Comments are closed.