Seksanya Bila Disihir Tanpa Henti, Boleh Amalkan Yasin 7 Mubin Memulangkan Sihir Sebagai Pengajaran Buat Kaki Sihir. Kongsi Pada Yang Memerlukan…

Posted by: Tags:

Jika anda mengalami sihir yang berulang-ulang dan tiada kesudahan, bolehlah mengamalkan ilmu ini dengan niat memberi kesedaran dan pengajaran biar penyihir/tukang upah tersebut insaf dan tidak lagi mengganggu ketenteraman kehidupan kita sekeluarga serta bertawakal mereka berhenti dari melaksanakan kerja-kerja terkutuk itu.

Kaedah Pulang Sihir Yasin 7 Mubin

1.  Bangun pada waktu tengah malam, sucikan diri dan berwuduk.

2.  Melakukan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

3.  Mendirikan Solat Sunat Hajat 2 rakaat disudahi dengan doa dijauhi gangguan sihir.

4. Setelah selesai, baca Surah Yasin sampai bertemu perkataan ‘Mubin’ (مبين) yang pertama, hendaklah wakaf (berhenti) dan berdoa “minta dipulangkan sihir kepada penyihir”.

5.  Ulang lagi dari awal membaca Surah Yasin sehingga perkataan ‘Mubin’ (مبين) kedua, berdoa macam tadi.

6.  Lakukan semua langkah tadi iaitu mengulangi semula membaca dari awal Surah Yasin, setiap kali berjumpa perkataan ‘Mubin’ (مبين) yang ke 3,4,5,6 dan ketujuh lalu berdoa lagi “minta dipulangkan sihir kepada penyihir dengan niat untuk memberi pengajaran”.

7.  Kemudian teruskan membaca baki Surah Yasin tadi sampai selesai.

8.  Selepas itu tidur dan bacalah Surah Al Kautsar 10 X dengan niat memohon petunjuk melalui mimpi.

InsyaAllah berhasil….

Semoga ia dapat digunakan ke arah kebaikan dan memberi suatu yang bermanfaat untuk kita semua…

Subscribe

Thanks for read our article for update information please subscriber our newslatter below

No Responses

Comments are closed.