Terkeluar Lebihan Air Mani Selepas Mandi Wajib. Adakah Perlu untuk Mandi Semula?

Posted by: Tags:



Menurut pendapat jumhur ulama’, tersentuh kemaluan dengan tapak tangan membatalkan wudhu’  akan tetapi ia tidak membatalkan mandi junub. Perkara-perkara menyerupai terkentut, buang air kecil semasa mandi dsb tidak membatalkan mandi tersebut, tetapi bila seseorang itu ingin melaksanakan solat dan seumpamanya, hendaklah membersihkan diri dari hadath kecil dan mengambil wudhu’. Malah menurut Syiekh Ibn Utsaimin, bekas Mufti Arab Saudi didalam bukunya al-Sharh al-Mumti’ dan fatawa Utsaimin, bila lebihan air mani terkeluar lagi selepas mandi yang bukan disebabkan oleh ransangan, seseorang itu tidak perlu mandi lagi

Ia itu bila ia melaksanakan mandi untuk ini akan sesuatu yang telah keluar (mani), kemudian ia keluar (lagi) semasa ia bergerak, maka ia tidak perlu melaksanakan mandi semula. Dalilnya yaitu :

Sesungguhnya sebabnya yang sama (satu sebab), maka tidak perlu melaksanakan 2 kali mandi. 
Kerana ia keluar selepas itu tanpa mempunyai perasaan keseronokan (ransangan), dan mandi tidak diwajibkan melainkan ia keluar disertakan dengan rasa keseronokan” – [al-Sharh al-Mumti’ – 1/281]

Perlu diingat bahawa perkara-perkara yang membatalkan wudhu’ hanya memerlukan seseorang itu membersihkan diri dari hadath kecil dan mengambil wudhu’ kembali, dan ia tidak sekali-kali membatalkan mandi yang dilakukan keatas al-hadath al-akbar (hadath besar). WA.

Subscribe

Thanks for read our article for update information please subscriber our newslatter below

No Responses

Comments are closed.